Akta Jenayah Komputer

Kelantan Hacking Crew

Menggodam laman web adalah satu kesalahan serius, dan dianggap sebagai satu jenayah bagi undang-undang diMalaysia. Akta Jenayah Komputer di Malaysia yang telah diluluskan di Parlimen pada Mac 1997 memperuntukkan denda yang berat bagi individu-individu jika disabitkan dengan jenayah siber.

Berikut merupakan jenis kesalahan dan hukuman bagi penjenayah siber di Malaysia :~

CAPAIAN TANPA KUASA S.3 AJK 97

Ringkasan Diskripsi Kesalahan:
Membuat capaian mana-mana komputer tanpa diberi kuasa.
Denda:
Tidak melebihi RM 50,000.00 atau
penjara 5 tahun atau
kedua-duanya sekali

CAPAIAN TANPA KUASA BAGI MELAKUKAN KESALAHAN LANJUT S.4 AJK 97

Ringkasan Diskripsi Kesalahan:
Melibatkan fraud atau kecurangan atau yang menyebabkan kecederaan.
Denda:
Tidak melebihi RM 150,000.00 atau
penjara 10 tahun atau
kedua-duanya sekali

PENGUBAHSUAIAN TANPA KUASA S.5 AJK 97

Ringkasan Diskripsi Kesalahan:
Pengubahsuaian tanpa kuasa kandungan mana-mana komputer.
Denda:
Tidak melebihi RM 100,000.00 atau
penjara 7 tahun atau
kedua-duanya sekali

KOMUNIKASI SALAH S.6 AJK 97

Ringkasan Diskripsi Kesalahan:
Berkomunikasi melalui mana-mana cara capaian kepada suatu komputer tanpa diberi kuasa.
Denda:
Tidak melebihi RM 25,000.00 atau
penjara 3 tahun atau
kedua-duanya sekali

PERSUBAHATAN & PERCUBAAN S.7 AJK 97

Ringkasan Diskripsi Kesalahan:
- Bersubahat dalam perlakuan atau cuba untuk melakukan mana-mana kesalahan.
- Perlakuan apa-apa perbuatan persediaan kepada atau bagi mencapai perlakuan mana-mana kesalahan.
Denda:
Dipenjara untuk tempoh tidak melebihi satu perdua tempoh maksima yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

ANGGAPAN S.8. AJK 97

Ringkasan Diskripsi Kesalahan:
Menyimpan maklumat tanpa kuasa dalam komputer di bawah kawalan disifatkan telah memperolehi capaian tanpa kuasa.
Denda:
(sama seperti denda memperolehi capaian komputer tanpa kuasa)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar