Khasiat Daun Ketapang (Indian Almond Leaves)

Saya terpanggil untuk menulis artikel ini berikutan agak kurang artikel seperti ini disajikan dalam Bahasa Malaysia. Sukar juga untuk merujuk dalam Bahasa Indonesia kerana meskipun antara kita dan mereka lebih kurang saja bunyinya tetapi ternyata berbeza.

Daun ketapang mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri. Bagi pemilik ikan hiasan khususnya Ikan Laga (Pelaga, Karin, Betta), daun ini menjadi bahan utama yang melengkapkan sesebuah bekas atau akuarium.




Ketapang ialah sejenis pokok yang berasal dari Malaysia/Indonesia, daun-daunnya akan menjadi merah dan akan menjadi merah kehitaman setelah ia menjadi tua. Apabila ia berguguran jatuh ke tanah, jika terdapat air disekitarnya (seperti ai sungai), ia akan menjadi coklat kekuningan. Air tersebut akan mengandungi asid organik seperti Humic dan Tannin.

Antara khasiat air daun ketapang yang dipercayai sejak turun temurun ialah:

1. Dapat menurun sekaligus menstabilkan PH air. Namun ia tidak boleh digunakan secara berlebihan sehingga PH air menjadi tidak stabil kerana akan membahayakan nyawa ikan.

2. Menyerap bahan-bahan kimia berbahaya dan meneutralkannya seperti bahan-bahan dari logam berat (zing, aluminium, tembaga).

3. Membunuh bakteria.

4. Baik untuk mengoptimumkan kesihatan ikan peliharaan.

5. Mencantikkan sirip, ekor dan kulit ikan serta memberikan ikan berasa seperti di habitat semulajadinya yang gelap.

Itulah dia serba sedikit info yang boleh saya beri setelah puas 'mengkaji' mengenai daun ketapang ini. Jika anda mahu menggunakannya untuk ikan anda, anda cuma perlu guntingkan sedikit dan letakkan dalam bekas tempat ikan anda berada. Jika bekas atau akuarium itu sedikit besar, maka sesuailah kiranya anda letakkan satu atau dua helai ke dalamnya. Harus diingatkan jangan gunakan secara berlebihan, dan kalau boleh bersihkanlah terlebih dahulu daun yang anda perolehi itu.

4 komentar:

  1. Dimanakah saya boleh mendapatkan daun ketapang

    BalasHapus
  2. nak beli Daun Ketapang dgn poslaju malaysia sila SMS/whatapps +60175522128.

    BalasHapus
  3. shah putra jika banyak stok daun ketapang...sila sms saya 0193357121

    BalasHapus