Selamat sejahtera kepada pembaca
Tadi.. aku terjumpa satu artikel dari Hackers oleh seorang masta iaitu codebreak..
Artikel ini bincang tentang perkara yang perlu diketahui oleh hacker baru..
5 perkara tersebut adalah seperti dibawah
1) Jangan Percaya Hacking Software (tak semua)
Sebab aku kata macam ni kerana nak jadi hacker bukan dari tools tetapi dari bahasa komputer iaitu programming atau C++ dan sebagainya. Dah percaya tools, sampai bila-bila pon korang tak kemana.
2) Tiada Software Untuk Hack Facebook
tiada facebook hacking tool di dunia |
Ramai sangat orang nak belajar hack sebab nak hack Facebook konon-kononnya kekasih curang la,mamat ni kacau awek aku la, geram ngan jantan ni la..fuhhhh... Untuk makluman, TAKDE satu software pon dalam dunia ni boleh hack Facebook, kalau ada, means Facebook ni tak selamat lagi. Dan orang yang hack Facebook ni, kalau dia dapat hack, sudah semestinya dia akan bagitau Mark (owner FB) sebab dapat duit macam budak German umur 16 tahun yang jumpa XSS dalam FB.
3) Jangan Guna Free Keylogger
Jangan guna free keylogger |
Ni part best, nak guna keylogger sebab nak tau apa aktiviti mangsa kita tanpa disedari komputer kita pon sebenarnya telah di awasi oleh keylogger yang kita amek free kat internet. Orang yang buat keylogger ni tak bodoh pon same case dengan AntiVirus Free & AntiVirus Premium, mana lagi bagus???
4) Anda Bukan Hacker Jika Tiada Asas Bahasa Komputer
Bahasa Pengaturcaraan adalah asas! |
Kenapa aku cakap macam ni? Sebab the good hacker is learning from coding, script, programming, python, leet and so on. Kalau dah guna tools, is that true hacker? Ingat, orang yang buat tools tu sudah semestinya HACKER dan apa akan jadi orang guna tools dia? Kalau guna tools dah boleh jadi Hacker hebat, baik aku guna tools je, takyah gi belajar Pentest, C++ and programming. Kalau copy paste je, kita dapat ilmu ke? Bayangkan kalau tools tu dah takde support, so korang pon stop la hacking? isk isk isk...
5) Good Hacker Mesti Mahir Banyak Benda
Mahir dalam apa? 1st mesti mahir dalam Windows, Linux, Mac. Ni yang tau Windows je, guna Linux terkekek-kekek pastu claim diri hacker.. tak tau malu! 2nd, bab website lak. PHP kena amek tau juga, server, topology, network.. jangan tau copy koding orang paste dalam notepad pastu save.. fuhhhh!!! 3rd, programming. Ni part yang penting, korang tau apa yang korang copy kat pastebin tu? pernah tengok script dia sampai abeh? pernah try solve probs kalau ada error sebelum google? Ni la yang paling penting sebab disinila hacker bermula!
So kesimpulannya, kalau minat hacking biarlah belajar betol-betol dan ada niat baik. Belajar semua benda. Belajar :
- Faham OS (Windows, Linux, Mac)
- Kena tahu Networking
- Kena tahu Web Development
- Wajib tahu Programming
Tanpa 4 benda kat atas ni, ilmu tak cukup lagi. katakan korang tau programming tapi pasal LAN/WAN korang tak tau, tak dapat break the security juga. Pendek kata, penulisan diatas adalah apa yang aku lalui dan belajar dalu dan semestinya aku ingin sampaikan kepada generasi baru memandangkan teknologi semakin canggih.
- Do Not Claim Yourself As A Hacker! -
1. Hacker tak mengaku diri dia hacker!
2. Dah pandai deface, means kau Hacker?!
3. Kalau kita hebat, ada lagi yang hebat!
4. Ingat ni --> "Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh jua"!
ADAKAH ANDA SEORANG HACKER???
Tidak ada komentar:
Posting Komentar