Keluarga Baru Betta, dan JBL Artemio Mix

Salam. Aku kira, sekarang lebih kurang seminggu lebih usia anak-anak ikan laga aku (fries). Sekarang mereka dah semakin membesar. Pun begitu, masih ada yang berbadan 'halus'. Tak pasti mengapa. Tapi ada yang dah mati, mungkin kerana tak cukup makan.

Semuanya kerana Artemia Cysts di bawah ini:



Kalau anda nak beli makanan untuk fries, tidak digalakkan beli Azoo Artemia Cysts. Tak menetas langsung! Bila aku dah kaji sedikit demi sedikit, baru aku tahu salah aku rupanya. Aku guna garam masak untuk tetaskan Brine Shrimp, memang tak menetas la dia! Hahaha! Dalam 'perjalanan' aku nak cari makanan yang paling sesuai untuk anak-anak ikan aku, aku 'terbeli' si Boboy ini (Veiltail):


Kemudian, jalan punya jalan, semalam aku 'terbeli' pula si Jowey (Plakat):


Pusing-pusing sekitar Bangi, akhirnya aku terjumpa dengan satu kedai yang menjual JBL Artemio Mix. Satu jenama yang sememangnya dipercayai dari dulu lagi.


JBL Artemio Mix ialah telur-telur Artemia (Brine Shrimp) yang sudah sedia dicampurkan dengan garam istimewa, yang mana garam tersebut mempunya alga mikro, khas untuk menjadi makanan kepada Brine Shrimp yang baru menetas, dan garam itu juga mampu menstabilkan PH air. Bagus bukan? Harganya berapa? Harga asal adalah RM29. Ya. Memang mahal. Setelah tawar-menawar, dapatlah aku beli dengan harga RM27.

Aku galakkan, jika anda mempunyai ikan laga yang baru bertelur, cepat-cepatlah beli makanan untuk anaknya. Jika mahu yang mudah, belilah Microworms. Sedia untuk dimakan dari usia anak ikan itu berumur 4 hari (kata penjualnya la..).

Tidak ada komentar:

Posting Komentar