Tidak kira jika anda bukan seorang pakar komputer atau pentadbir sistem perbadanan yang besar.
Komputer adalah sebahagian besar sejarah kita seperti kapal terbang dan kereta, dan ia perlu diketahui umum bagaimana mereka telah beroperasi.
Ia adalah satu-satunya cara anda dapat memahami kesan-kesan pencerobohan komputer dalam kehidupan kita.
SEJARAH PENGGODAMAN
Penggodaman ini tidak terhad kepada komputer sahaja. Maksud sebenar menggodam adalah untuk memperkembangkan keupayaan mana-mana peranti elektronik ; menggunakannya di luar niat asal pengeluar. Mengikut fakta, para penggodam pertama kali muncul di tahun 1960 di Institut Teknologi Massachusetts (MIT), dan bahan ujikaji penggodaman pertama mereka adalah kereta api elektrik. Dimana mereka mahu menjadikan kereta api itu lebih cepat dan cekap. Maka persoalannya, adakah penggodaman itu sentiasa salah/jahat?. Jadi, ia tidak benar sama sekali. Ia hanya bergantung kepada cara menggunakannya. Tetapi kumpulan ini memutuskan untuk tidak mengenakan pengetahuan mereka dalam kerangka utama komputer MIT itu.Pada tahun 1970, pelbagai perwatakan penggodam telah muncul: phreaks atau dikenali juga sebagai penggodam telefon. Mereka belajar cara-cara untuk menggodam sistem telefonik dan membuat panggilan telefon secara percuma. Didalam kumpulan ini, phreaker menjadi terkenal kerana penemuannya yang mudah. John Draper, juga dikenali sebagai Kapten Crunch, mendapati bahawa dia boleh membuat panggilan jarak jauh dengan wisel. Beliau membina sebuah kotak biru yang boleh melakukan panggilan dan telah menarik minat majalah Esquire untuk menerbitkan artikel tentang bagaimana untuk membinanya. Terpesona dengan penemuan ini, dua kanak-kanak, Steve Wozniak dan Steve Jobs, memutuskan untuk menjual kotak-kotak biru itu, maka terwujudlah persahabatan perniagaan yang menyebabkan pengasasan Apple.
Pada tahun 1980, phreaks mula berhijrah ke komputer, dan menyebabkan kemunculan Bulletin Board Systems (BBS). BBS adalah seperti kumpulan yahoo hari ini, dimana orang ramai menghantar mesej mengenai ape jua topik. BBS digunakan oleh penggodam khusus dalam tip bagaimana untuk memecah masuk ke dalam komputer, cara menggunakan nombor kad kredit yang dicuri dan berkongsi kata laluan komputer dicuri.
Pada tahun 1986 atau mungkin lebih awal lagi, kerajaan AS telahpun menyedari bahawa kegiatan penggodaman ini membahayakan keselamatan Negara . Sebagai langkah untuk mengatasi gejala ini, kongres telah meluluskan Akta Penipuan dan Penyalahgunaan Komputer, dimana melakukan pencerobohan komputer adalah jenayah di seluruh negara.
Pada tahun 1990, ketika penggunaan internet yang semakin meluas di seluruh dunia, bilangan penggodam juga berganda, tetapi ia tidak berlaku sehingga ke akhir dekad dimana sistem keselamatan menjadi arus perdana di kalangan orang ramai.
Hari ini, kita telah mengenali siapa/apa hacker, cracker, virus, Trojan, worm dan pelbagai lagi teknologi penggodaman maka membuatkan kita perlu sentiasa mengetahui dan mengikuti untuk memerangi mereka.
Profil Penggodam Komputer Terkenal (White Hat)
Seperti yang telah disebut diatas, sejarah penggodaman ini berkaitan dengan sejarah komputer.Kebanyakan penggodam komputer yang terkenal masa lalu adalah jutawan hari ini.
Antara penggodam yang paling dikenali adalah Bill Gates, pengasas bersama Microsoft.
Dianggap sebagai orang terkaya di dunia selama lebih daripada satu dekad, beliau menjadi usahawan yang paling berjaya dalam industri komputer.
Permulaan beliau adalah pada tahun 1970 apabila dia mencipta program komputer untuk platform komputer pada masa itu,
dan berakhir dengan pengenalan Windows, dikenali sebagai 'dunia komputer peribadi' (world of PC).
Setelah beberapa lama jauh dari perhatian media, Steve Jobs kembali dengan pengenalan beberapa produk baru di Apple.
Antara produk yang paling terkenal adalah iPod yang telah merevolusikan industri muzik di seluruh dunia.
Jobs memulakan eranya pada masa yang hampir sama dengan Gates, mewujudkan Apple dan memperkenalkannya kepada pasaran ‘komputer rumah pertama’(first home computer), Apple II.
Walaupun Linus Torvalds dikenali di kalangan penggodam sebagai wira yang mencipta Linux, 'sistem operasi sumber terbuka' (open source operating system), ia tidak dapat berkekalan sehingga beberapa tahun kemudian orang mula tertanya-tanya jika ada pilihan lain selain daripada menggunakan sistem operasi Microsoft.
Profil Penggodam Jahat (Black Hat)
Malangnya bagi penterjemahan penggodaman ini, ramai di antara mereka terdiri daripada penggodam yang jahat atau penggodam produktif. Salah satu penggodam jahat paling terkenal adalah Kevin Mitnick, beliau telah memecah masuk komputer beberapa pertubuhan antaranya termasuk Fujitsu, Motorola, Sun Microsystems dan Nokia. Beliau telah dipenjarakan dan hingga ke hari ini tidak boleh menggunakan komputer kerana sekatan kehakiman.Satu lagi penggodam terkenal ialah Vladimir Levin, seorang ahli matematik yang mengetuai kumpulan penggodam Rusia dan mencuri sepuluh juta (10,000,000.00) dolar dari Citibank. Sehingga hari ini, tiada siapa tahu bagaimana mereka melakukannya.
Kes Jonathan James dianggap sedikit rumit. Beliau merupakan orang pertama daripada kalangan penggodam remaja dari Amerika Syarikat untuk didakwa atas tuduhan menggodam komputer. Tetapi itu tidak menghalang beliau. Kemudian, beliau dapat mengakses sistem komputer NASA dan Jabatan Pertahanan AS. Akhirnya, beliau telah dipenjarakan.
Penipuan untuk Dijual
Bertahun dulu, sebelum kedatangan internet, penggodam di seluruh dunia telah menyebabkan banyak keganasan dalam organisasi. Tetapi sekarang mereka mempunyai potensi pasaran beratus-ratus juta orang, perjuangan mereka boleh dikatakan tiada batasan. Sebab itulah penipuan dalam talian (online) dianggap salah satu daripada kanser internet. Satu-satunya cara untuk melindungi daripada itu, adalah menjadi anti penggodam oleh diri sendiri, mengekalkan dan mendalami dari masa ke semasa dengan ilmu yang paling asas seperti firewall, antivirus, antispam, sentiasa kemaskini sistem operasi dan berwaspada dengan laman-laman web yang mencurigakan.Kesan penggodaman komputer dalam sejarah kita tidak boleh dinafikan. Dan kini, ia berada dimana jua dan ia tidak akan hilang. Tapi, apa yang paling menarik tentang sejarah penggodaman ialah ia telah pun dijangka berlaku. Anda hanya perlu menyemak buku-buku fiksyen sains lama untuk mendapatkannya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar